saya ingin dedicate post ini untk seorg sahabat..diharap kamu dpt pkir2 kan..dan selamat beramal. post ini di copy dari blog seorg kenalan lama..datin..hehe..pnjam post skejap naa..
p/s : post ini juga ditujukan kpd diri sndiri
----------------------------------------------------------------------------------------------------
'Saya sayang awak sangat. Saya harap kita akan bahagia macam dulu. Saya tak sanggup kehilangan awak.' ucapan yang di sampaikan oleh seorang gadis buat teman lelakinya di radio semasa segment Sampaikan Ucapan.
Gadis itu dalam nada sedih menambah,
'Saya harap gadis itu jangan kacau boyfriend saya lagi. Tolonglah. Kita sama - sama perempuan. Mesti awak faham perasaan saya.'
'Cinta bersegi la ni.' Detik hati saya.
Saya tidak mahu komen tentang kecurangan teman lelakinya, saya juga tidak mahu sentuh tentang wanita yang merampas kekasih orang.
Saya lebih tertarik kepada gadis yang membuat panggilan telefon itu. Cuba membuktikan cintanya kepada kekasih hati. Tak pasal - pasal 1 Malaysia tahu kisah cintanya. Berbaloikah?
Ini adalah pendapat peribadi saya. Ingin sekali saya sampaikan kepada gadis itu.
Apabila bercinta, ditakdirkan tiada jodoh dengannya, ketahuilah bahawa:
1- Dia tidak cukup baik untuk saya.
Allah itu Maha Mengetahui. Allah tahu dia bukan untuk saya kerana dia tidak cukup baik untuk saya. I deserve someone better. Saya juga bukan untuknya. Adakah saya boleh pastikan yang saya akan bahagia jika terus bersamanya? Hanya Allah yang berkuasa mengetahui perkara yang akan berlaku. Sebab itu perancangan Allah lah yang terbaik. Inilah yang terbaik. Tidak mengapa, kelukaan hati bisa terawat dengan perubahan waktu. Seorang isteri yang kematian suami pun masih boleh teruskan hidup dan tidak berendam air mata sepanjang hidupnya. Inikan pula jika hanya di tinggalkan kekasih yang tiada sebarang ikatan yang sah pun.
2-Itulah dia.
Jika belum berkahwin sudah pandai pasang 2 dan 3, terima kasihlah kepada Allah kerana telah menunjukkan perangai sebenar si dia sewaktu masih belum ada ikatan sah. Jika dia tidak pandai mengawal diri dan nafsu, mudah jatuh hati dengan wanita dan suka berfoya - foya. Bukalah mata hati. Adakah dia yang ingin saya kahwini? Adakah dia mampu memimpin rumah tangga? Adakah dia mampu membawa saya dan anak - anak mencari keredhaan Allah apabila di alam rumah tangga? Yakinlah, jauh di sudut hati, disebalik rasa rindu dan sayang itu, saya sedar dia bukanlah orang yang saya ingin jadikan pemimpin keluarga. Saya tahu dia bukan orang yang saya ingin habiskan masa tua bersama.
3-Allah telah selamatkan saya.
Allah itu Maha Penyayang. Kasih sayang yang tidak terhintung banyaknya. Ketahuilah yang Allah telah menyelamatkan saya dengan memisahkan saya dengan dia. Saya telah selamat dari terus menjalinkan hubungan yang tidak halal. Tiada istilah couple dalam Islam. Apa yang bagusnya dengan couple? Merindui dikira zina hati, bersentuhan dikira berdosa, berbual manja juga berdosa. Jika saya teruskan bercouple, saya hanya mengumpul dosa. Apa yang ingin saya bekalkan di akhirat nanti? Mampukah cinta antara 2 manusia yang berlandaskan nafsu membawa ke syurga?
4-Jodoh
Ya, seperti yang selalu diulang. Jodoh itu ditangan Tuhan. Kalau dah jodoh tidak ke mana. Jika bukan jodoh saya, maka saya tidak akan berkahwin dengan dia walaupun berhabis duit saya untuknya, walaupun seluruh hati keluarga dan saudara maranya saya menangi, walaupun berjela janji manis telah ditaburi, walaupun sekuat mana cinta dibina, jika tidak ada jodoh, tidak akan jadi juga. Begitu juga sebaliknya. Lari ke lautan atau benua mana sekali pun, sedalam mana kebencian saya terhadapnya, kalau sudah namanya jodoh, bersatu jua.
5-Yang terbaik sedang menanti
Allah itu Maha Adil dan Penyayang. Dia ambil yang satu, Dia gantikan yang lebih baik. Selalu ingat dalam diri, jangan sedih kerana ditinggalkan seorang kekasih hati tetapi bergembiralah dengan banyak orang yang masih dengan saya. Saya hanya kehilangan seorang, tetapi saya masih ada banyak lagi orang yang sayangkan saya. Ibu bapa, adik beradik dan kawan - kawan yang tidak pernah tinggalkan saya walau apa jua keadaan saya. InsyaAllah, suatu masa nanti Allah akan gantikan yang lebih baik. Yang terbaik. Yakinlah dan bersabarlah.
6-Hikmah
Setiap perkara pasti ada hikmah. Walaupun yang berlaku itu mungkin buruk pada pandangan saya. Carilah hikmah itu. Salah satu hikmahnya, jika saya bersedih hati dan kecewa, saya akan lebih dekat dengan Allah. Mencari Allah memohon pertolongan, ketenangan. Saat itu, saya sedar akan kerdilnya diri ini. Sangat perlunya saya bergantung kepada Allah. Yakinlah, bahawa hati ini milik Allah. Rasa dan perasaan juga Allah yang beri. Jika rasa kecewa dan sakit hati, Allah pasti ada ubatnya. Mohonlah ketenangan dan kelapangan dada kepadaNya. Adakah kekasih hati mampu merawat rasa kecewa dan sakit hati seperti Allah? Tidak!

2 comments:
us ni la yg in applied tyme ien n zaid clash.
perit die xpyhla ckp..
tp ien go thru everytin..evendo till now in still remember die,.still kwn ngn die..
perit die still ade
tp satula tuhan tahu yg terbaek utk kte..maybe bile ien break
tuhan akn bg yg lagi baek tuk ien..n skrg pon ien da jumpe yg terbaek
i'm sorry for dat..
us faham prasaan tu..
thanks for d share..
Post a Comment