saya pernah membaca satu artikel dari laman web langit ilahi
milik saudara Hilal Asyraf
petikan artikelnya berbunyi begini
______________________________________________________________
Hari ini saya teringat akan satu khutbah yang dibacakan oleh khatib Solat Jumaat di Masjid Universiti Yarmouk. Khutbah ini, adalah khutbah lama. Saya dengar ketika awal-awal saya datang ke Jordan.
Dia berbicara tentang Silaturrahim.
Ada sesuatu yang menarik dan lain dari lain dalam khutbah khatib itu.
Pemahaman berkenaan ukhuwwah, dari satu sisi yang jarang kita lihat.
Kenapa saya tulis berkenaan ukhuwwah ini?
Sebab saya harap, kita berlumba-lumba menghargai sahabat-sahabat kita, dan bukan sekadar menanti dihargai.
Di dalam khutbahnya yang sekitar dua puluh minit itu, khatib ada menyebut,
“ Adakah apabila sahabat kita itu tidak menziarahi kita, kita akan katakan kepadanya, aku tidak mahu menziarahinya, kerana dia tidak menziarahi aku?”
Saya tertarik dengan ayat itu.
Sudah lumrah manusia sukakan balasan, ataupun sekurang-kurangnya penghargaan. Maka di dalam berukhuwwah, kadangkala hati tidak lepas dari rasa ingin diihtiram oleh sahabatnya. Maka berlakulah lintasan-lintasan hati seperti,
“ Alah, buat apa nak bagi hadiah kepada dia, dia tak bagi hadiah kat aku pun”
“ Buat apa doa untuk dia, silap-silap dia pun tak doa untuk aku”
“ Buat apa susah-susah tolong dia, dia tolong aku pun tak pernah”
“ Penatlah tolong dia, dia bukan tolong aku pun”
Maka ukhuwwah pun goyah, lalu rosak dan terputus.
Khatib berkata,
“ Hakikat yang sebenar adalah, apakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita dalam menjaga silaturrahim ini?”
Ya benar. Pokok pangkal halnya, adakah kita ini sebenarnya sudah selesai tanggungjawab kita dalam menjaga silaturrahim antara mu’min. Umum sudah ketahui firman ALLAH S.W.T. yang berbunyi,
“ Sesungguhnya setiap mu’min itu bersaudara, maka perdamaikanlah antara keduanya, moga-moga kamu beroleh rahmat” Surah Al-Hujurat ayat 10.
itu adalah sebahagian petikan dari artikelnya
kalau kawan-kawan nak baca sampai habis
sila la ke laman web beliau
tertarik dengan ajakan untuk menyempurnakan kewajipan saya dalam menjaga silaturrahim antara mu'min, khususnya antara sahabat-sahabat saya, disini, biarlah saya dahulu yang mulakan salam kemaafan diatas segala kesalahan yang telah melukakan hati kawan-kawan semua.sesungguhnya, saya 100% manusia biasa, yang pastinya akan melakukan kesilapan tak kira dalam sedar atau tidak. cuma, maybe tahap ego saya tidak setinggi sesetengah manusia yang lain.
pohon maaf diatas kelancangan kata-kata yang telah merobek hati
maaf diatas janji2 yang tak ditepati
maaf diatas kelancaran jari dalam memberi komen2 yang tidak disenangi di dalam blog-blog, facebook, dan seumpamanya
maaf kerana tidak dapat keluar ke kl, untuk spend masa bersama
(bagi sesiapa yang membuat tesis,dan telah pon melalui alam tesis ni, kamu spatutnya faham dengan situasi begini =p)
maaf kerana menimbulkan situasi, dengan bf bole kluar tp dgn member x bole
maaf kepada sesiapa yang belum saya langsaikan hutang saya.
(kalo ade mane2 hutang, sila remind ye, dah lupe.hehe)
maaf kepada mereka yang telah merindui saya, namun tidak pula saya menghubungi kalian
dan akhir sekali, maaf jika post ini tidak disenangi oleh kamu-kamu semua
sesungguhnya, jika ditakdirkan esok sudah tiada untuk saya, saya tidak mahu urusan saya antara manusia tidak selesai. salam kemaafan ini tulus ikhlas dari hati saya.
have a good life people~
good luck in your final exam
saya dan coursemate saya, janah
No comments:
Post a Comment